Sunday, April 28, 2013
Dayak hilang NCR jika tidak undi BN
KANOWIT: Masyarakat Dayak akan kehilangan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) jika mereka tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing berkata ini kerana tiada tanah NCR dilabelkan jika pembangkang membentuk kerajaan baharu dan melaksanakan konsep ‘Malaysian Malaysia’.
“Di bawah konsep Malaysian Malaysia, semua tanah di negara ini yang dimiliki oleh rakyat Malaysia boleh dibeli sesiapa sahaja yang mempunyai wang atau boleh membeli mana-mana tanah.“Jadi, di mana kaum Dayak akan tinggal jika semua orang yang ada duit boleh membeli tanah mereka dengan sesuka hati.“Saya berharap kita (Dayak) tidak akan menjadi ‘urang kampar’ (tiada tempat tinggal dalam bahasa Iban) di tanah air kita sendiri,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Sebastian Ko, di Nanga Ngungun di sini, semalam.
Hadir sama calon BN Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang dan isterinya Datin Ping Bungan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent. Masing menjelaskan: “PKR berkata mereka berjuang untuk NCR. Tetapi, apa yang mereka perjuangkan sekiranya tiada lagi istilah NCR setelah konsep Malaysian Malaysia ini dilaksanakan.”Menurutnya, konsep baharu itu (Malaysian Malaysia) juga mengabaikan kaum Bumiputera untuk mendapat peruntukan biasiswa dan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam.
Sementara itu, beliau menasihati pengundi Iban agar tidak lupa jasa baik kerajaan BN ketika hari mengundi pada 5 Mei depan.Beliau berkata, masyarakat Iban sentiasa mengamalkan sifat tidak mudah lupa dengan perkara-perkara yang baik dilakukan oleh mereka (BN).“Kita akan menjadi ‘tulah’ atau ‘busung’ (menerima nasib buruk dan pembalasan) jika kita gagal membalas kebaikan orang lain.
“Dalam perkara ini, anda boleh mengembalikan kebaikan itu dengan mengundi BN pada hari membuang undi minggu depan,” tambahnya.Mengenai Aaron, Masing menyeru penduduk di Kanowit agar memberi sokongan padu kepadanya kerana beliau telah mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiap undi penting pastikan BN terus memerintah: Jabu
SRI AMAN: Setiap undi yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini amat penting untuk memastikan BN terus memerintah negara ini.Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata setiap undi untuk BN amat dihargai kerana ia adalah menentukan masa depan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
“Sekiranya rakyat tersalah pangkah pada PRU13 ini, maka kita semua akan hidup sengsara malah setiap pembangunan yang dirancang juga tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.“Undi BN juga adalah penentu masa depan negara malah anak cucu serta cicit kita di mana mereka ini amatmemerlukan pembangunan kerajaan sedia ada,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Wilson Bada, Gran Sri Aman di sini petang semalam.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pemodenan Pertanian berkata, rakyat kini sudah bijak menilai kerajaan mana yang mampu membawa pembangunan kepada mereka malah rakyat juga sedar bahawa BN sahaja yang mampu membawa perubahan kepada kehidupan mereka.
“Justeru, terbukti bahawa pelbagai pembangunan dilaksanakan di kawasan Parlimen Batang Lupar dan Sri Aman ini bukan sahaja projek-projek kecil malah pelbagai projek besar sedang giat dibangunkan.Beliau menjelaskan bahawa pembangkang tidak seharusnya mempertikai pembangunan yang dilaksanakan oleh BN kerana BN selama ini sentiasa bekerja keras untuk rakyat.“Pembangkang… kerja mereka hanya mengkritik malah kumpulan ini hanya muncul setiap kali pilihan raya dan apabila pilihan raya habis mereka akan hilang begitu sahaja.
“BN bekerja setiap masa tanpa mengira masa dan waktu, tanpa mengira ada pilihan raya atau tidak kerana ini semua adalah tanggungjawab kita dalam kerajaan BN,” katanya.Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, calon BN Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim, calon BN Parlimen Sri Aman Masir Kujat dan ketua-ketua masyarakat.
Najib confident of BN’s two-thirds majority in parliament
KUCHING: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak remains confident that Barisan Nasional can secure the two-thirds majority in Parliament come May 5.
Addressing the media after a ground-breaking ceremony for a new classroom block for Chung Hua Primary School No.2 here yesterday, he believed that Sarawak and Sabah would stay as BN’s fixed deposit states.
“We are still confident of winning two-thirds. I have seen improvement in Chinese-majority seats but I think we still need to work hard until polling day.
“I do not see any sign that Pakatan can win Sarawak and Sabah while rural constituencies are still Barisan Nasional’s stronghold. I believe rural people have realised that their future is with Barisan Nasional,” he said at the school in Tabuan Jaya Baru here.
Najib said BN did not expect SWP to wrest any seats from BN and he cited Lubok Antu as example, saying: “It is an area with over 90 per cent of Ibans. So we do not expect them to win.”
On talks that SWP – a relatively new party claiming to be BN-friendly – would align itself with BN after May 5: “I am not ruling out any possibility, but we do not expect them to win.”
“They are less hostile than Pakatan Rakyat, but their contesting still affects our chances of winning. When they stand in those seats, they are going against Barisan Nasional.”
Najib pointed out that BN had good track record in developing rural areas, and the various communities were aware of what the ruling coalition was capable of delivering.
He also had confidence in mixed constituencies including Stampin where he noted that BN’s candidates stood a good chance of winning.
On BN’s internal squabbles, he said some quarters might be unhappy with their candidates but the party’s machinery was committed to addressing relevant issues so as to ensure victory.
“A lot of issues have been looked into and resolved, and I can tell that internal conflicts among opposition parties are more serious than those of BN.”
Asked why he decided to visit constituents in Saratok and Lubok Antu earlier, Najib said he had limited time to conduct working visits in the state.
“You can argue why I go there or here, but choice has to be made.”
To a question on the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN), he said “it is a fair concept and not a financial burden to tax payers” in the country.
He explained that the government subsidised 90 per cent of the fund to enable young Malaysians to pursue tertiary education in the country.
Najib added that Pakatan’s plan to offer free higher education would not be viable as the move would entail higher taxation on the people.
“There is no such thing as a free lunch. Free higher education equals higher taxpaying. Is this the kind of model for this country?”
Among those present were Minister of Energy, Green Technology and Water Datuk Seri Peter Chin, Deputy Works Minister Datuk Yong Khoon Seng, who is also BN-SUPP’s candidate for Stampin, Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Minister of Tourism and Housing Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, BN-SUPP’s candidate for Bandar Kuching Tan Kai and Board of Management for Chung Hua Primary Schools No.1 to 6 chairman Dr Chou Chii Ming. #myvote13 #ge13
Wednesday, April 24, 2013
Baby Doris sidetracks Masing’s campaign trail
LUBOK ANTU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Tan Sri Dr James Masing and his delegation broke off their campaign trail to go to the aid of a new born child and her mother at Ng Ukom, Enkari here on Tuesday.The baby was born just hours before Masing arrived at this remote longhouse but her mother Jita Jarau could not breast-feed her as she could not produce milk.
This put the baby in danger as a new born child has to be fed as soon as possible after birth.Upon hearing the plight of the family, Masing immediately went to see them to find out what he could do to help.
Upon realising the seriousness of the situation, he dispatched his special officer, Robert Liman, to buy some baby formula in Lubok Antu about 15 minutes’ by helicopter but almost two hours by boat.Despite the sudden heavy downpour, the pilot managed to fly Robert to Lubok Antu and back to the longhouse within an hour.When Masing relayed the story to the longhouse folk who were present at the gathering, they were most thankful.
As the baby girl had not been named by her parents, Masing suggested that she be named
William Nyalau, Calon BN-PRS Lubok Antu
Doris after Datuk Doris Brodie the PRS Wanita chief and Senate deputy speaker who happened to be in Masing’s delegation together with Lubok Antu incumbent William Nyallau.As a matter of fact, he said PRS had done a lot for the rural people but most of the good deeds were not highlighted to the public as the party preferred to do them quietly.
Earlier, he told the people of Ng Ukom not to be hoodwinked by the opposition who were all out to take advantage of their naivety.Masing said that PKR and SWP had nothing to offer to them as they were merely fishing for their votes.He said he knew very well the family background of SWP candidate for Lubok Antu – Larry Sng.He said the Sng family had a hidden agenda by standing in the area. Nyallau and Brodie also spoke at the function.
PBB Saribas sokong Datuk Seri Douglas Uggah di Parlimen Betong
Calon Rakyat Betong, Datuk Seri Douglas Uggah Embas
DEBAK: Pencalonan semula Dato Sri Douglas Uggah Embas sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen P.204 Betong untuk penggal ketujuh amat dialu-alukan oleh penduduk di kawasan tersebut.Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.30 Saribas, Mohamad Razi Sitam berkata, pihaknya akan bersatu tenaga dengan parti komponen BN yang lain untuk memastikan konstituensi Betong akan terus menjadi milik BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Menurut beliau, PBB N.30 Saribas telah merencana program serta aktiviti untuk dijalankan oleh jentera parti bagi menghadapi lawan pada PRU13 ini.“Meskipun PRU13 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, namun persiapan terus dibuat bagi mengekalkan pemerintahan BN dan memperolehi kemenangan dengan majoriti yang besar.
“Jentera parti juga telah bersedia mengatur strategi berkempen dengan lebih berkesan selain perang poster dan kaedah berkempen cara lain,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat PBB Cawangan N.30 Saribas di Dewan LAKID di sini, semalam.Razi berkata, amalan turun padang akan terus dijalankan kerana strategi itu lebih berkesan apabila pemimpin bertemu masyarakat secara peribadi dengan memberikan ceramah.
“Dalam tempoh berkempen 15 hari selepas penamaan calon, kita akan bergerak dan akan bertemu rakyat di konstituensi Betong.“Ini amalan biasa kita, kepimpinan dan konsep turun padang bukan dilakukan pada tempoh berkempen sahaja, malah masyarakat di sini telah biasa dengan kehadiran pemimpin mereka yang sentiasa mendampingi penduduk.
“Banyak program dan pembangunan yang telah dibawa untuk dinikmati rakyat di Betong, namun kempen turun padang akan meningkatkan kekuatan dan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat sambil menerangkan Manifesto dan Aku Janji BN secara lebih jelas kepada rakyat.“Kami juga mahu rakyat membuka mata dan melakukan perbandingan antara Aku Janji BN dan manifesto pembangkang yang lebih kepada angan-angan kosong berbanding BN yang bersifat realistik dan nyata,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut menjangka pembangkang akan menjaja isu-isu lapuk di peringkat negeri dan nasional.“Mereka akan mengetengahkan isu-isu remeh seperti pembangunan, pendidikan dan isu tanah yang selama ini ternyata berjaya ditangani dengan baik dan bijak oleh kerajaan BN tanpa mengetepikan kepentingan rakyat,” katanya.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Setiusaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dr Richard Rapu, Timbalan Pengerusi PBB Cawangan N.30 Saribas Kaunselor Legom Udon, Setiausaha Agung PBB Cawangan N.30 Saribas Awang Dzulkarnain Ali, Ketua Penerangan PBB Cawangan N.30 Saribas Piee Alwi, Ketua-ketua Ranting Bapa, Wanita dan Pemuda PBB N.30 Saribas.
DCF menerbitkan tiga buah buku Bahasa Iban
Orang kuat DCF, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Seri Douglas Embas
KUCHING: Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) akan menerbitkan tiga buah buku untuk memantapkan lagi bahan bahasa Iban yang diguna pakai di sekolah rendah dan menengah di negeri ini.Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu memberitahu, tiga buah buku itu yang merangkumi mata pelajaran sejarah Iban, cara yang betul untuk menggunakan bahasa Iban termasuk belajar asas bahasa Iban serta identiti dan adat Iban dijangka siap sebelum perayaan Gawai Dayak tahun ini.
Beliau berkata, belanjawan RM2 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri menerusi DCF akan digunakan untuk menyiapkan tiga buah buku tersebut yang boleh diguna pakai di sekolah rendah dan menengah nanti.“Jawatankuasa yang menjalankan projek ini diketuai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas, dan buku-buku ini sudah sampai pada tahap manuskrip terakhir,” ujarnya.
Jabu berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri Uggah, Pengerusi Majlis Adat Istiadat Datu Nellie Tangai dan beberapa ahli jawatankuasa dari pelbagai persatuan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan.Jabu yang juga Pengerusi DCF memberitahu, jawatankuasa itu akan mengeluarkan penerbitan yang akan diguna pakai di sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi dengan menggunakan geran yang telah diberikan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri menerusi DCF.
“Menerusi laporan yang saya terima daripada semua jawatankuasa, kita sudah sampai ke peringkat terakhir sebelum Gawai Dayak untuk menyiapkan tiga buah buku dalam bahasa Iban yang akan digunakan di sekolah di seluruh Sarawak,” katanya.Justeru, katanya, DCF mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang meluluskan geran bagi menerbitkan buku teks dalam bahasa Iban yang dapat digunakan oleh kira-kira 730 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri merangkumi sekitar 20,000 pelajar yang belajar bahasa Iban.
“Bahasa Iban turut diiktiraf oleh kerajaan persekutuan yang selama ini mengiktiraf pelajaran bahasa Tamil dan Mandarin di sekolah di Malaysia.“Sudah tentulah cabaran lebih serius akan dihadapi, sebab itulah kami memilih orang yang berpengalaman dan komited untuk menyertai projek ini, dan kami harap projek ini akan berjaya dan menggunakan bantuan yang ada supaya pengajaran bahasa Iban di sekolah berjaya dilaksanakan,” katanya.
Selain itu, DCF akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran dan menerima nasihat yang sewajarnya daripada kedua-dua pihak sejajar dengan sistem silibus bahasa Iban yang diajar sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)