Wednesday, April 24, 2013

PBB Saribas sokong Datuk Seri Douglas Uggah di Parlimen Betong


Calon Rakyat Betong, Datuk Seri Douglas Uggah Embas

DEBAK: Pencalonan semula Dato Sri Douglas Uggah Em­bas sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mem­pertahankan kerusi Parlimen P.204 Betong untuk penggal ketujuh amat dialu-alukan oleh penduduk di kawasan tersebut.Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.30 Saribas, Mohamad Razi Sitam berkata, pihakn­ya akan bersatu tenaga dengan parti komponen BN yang lain untuk memastikan konstituensi Betong akan terus menjadi milik BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Menurut beliau, PBB N.30 Saribas telah merencana program serta aktiviti untuk dijalankan oleh jentera parti bagi menghadapi lawan pada PRU13 ini.“Meskipun PRU13 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, namun persiapan terus dibuat bagi mengekalkan pemerintahan BN dan mem­perolehi kemenangan dengan majoriti yang besar.

“Jentera parti juga telah bersedia mengatur strategi berkempen dengan lebih berkesan selain perang poster dan kaedah berkempen cara lain,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat PBB Cawan­gan N.30 Saribas di Dewan LAKID di sini, semalam.Razi berkata, amalan turun padang akan terus dijalankan kerana strategi itu lebih berkesan apabila pemimpin bertemu masyarakat secara peribadi dengan memberikan ceramah.

“Dalam tempoh berkem­pen 15 hari selepas penamaan calon, kita akan bergerak dan akan bertemu rakyat di konstituensi Betong.“Ini amalan biasa kita, kepimpinan dan konsep turun padang bukan dilakukan pada tempoh berkempen sahaja, malah masyarakat di sini telah biasa dengan kehadiran pem­impin mereka yang sentiasa mendampingi penduduk.

“Banyak program dan pem­bangunan yang telah dibawa untuk dinikmati rakyat di Betong, namun kempen turun padang akan meningkatkan kekuatan dan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat sam­bil menerangkan Manifesto dan Aku Janji BN secara lebih jelas kepada rakyat.“Kami juga mahu rakyat membuka mata dan melaku­kan perbandingan antara Aku Janji BN dan manifesto pembangkang yang lebih kepada angan-angan kosong berbanding BN yang ber­sifat realistik dan nyata,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menjangka pembangkang akan menjaja isu-isu lapuk di peringkat negeri dan na­sional.“Mereka akan mengeten­gahkan isu-isu remeh seperti pembangunan, pendidikan dan isu tanah yang selama ini ternyata berjaya ditan­gani dengan baik dan bijak oleh kerajaan BN tanpa mengetepikan kepentingan rakyat,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Setiusaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dr Richard Rapu, Timbalan Pengerusi PBB Cawangan N.30 Sari­bas Kaunselor Legom Udon, Setiausaha Agung PBB Ca­wangan N.30 Saribas Awang Dzulkarnain Ali, Ketua Pen­erangan PBB Cawangan N.30 Saribas Piee Alwi, Ketua-ketua Ranting Bapa, Wanita dan Pemuda PBB N.30 Saribas.


No comments:

Post a Comment