Sunday, April 28, 2013

Setiap undi penting pastikan BN terus memerintah: Jabu


SRI AMAN: Setiap undi yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini amat penting untuk memastikan BN terus memerintah negara ini.Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata setiap undi untuk BN amat dihargai kerana ia adalah  menentukan masa depan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Sekiranya rakyat tersalah pangkah pada PRU13 ini, maka kita semua akan hidup sengsara malah setiap pembangunan yang dirancang juga tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.“Undi BN juga adalah penentu masa depan negara malah anak cucu serta cicit kita di mana mereka ini amatmemerlukan pembangunan kerajaan sedia ada,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Wilson Bada, Gran Sri Aman di sini petang semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pemodenan Pertanian berkata, rakyat kini sudah bijak menilai kerajaan mana yang mampu membawa pembangunan kepada mereka malah rakyat juga sedar bahawa BN sahaja yang mampu membawa perubahan kepada kehidupan mereka.

“Justeru, terbukti bahawa pelbagai pembangunan dilaksanakan di kawasan Parlimen Batang Lupar dan Sri Aman ini bukan sahaja projek-projek kecil malah pelbagai projek besar sedang giat dibangunkan.Beliau menjelaskan bahawa pembangkang tidak seharusnya mempertikai pembangunan yang dilaksanakan oleh BN kerana BN selama ini sentiasa bekerja keras untuk rakyat.“Pembangkang… kerja mereka hanya mengkritik malah kumpulan ini hanya muncul setiap kali pilihan raya dan apabila pilihan raya habis mereka akan hilang begitu sahaja.

“BN bekerja setiap masa tanpa mengira masa dan waktu, tanpa mengira ada pilihan raya atau tidak kerana ini semua adalah tanggungjawab kita dalam kerajaan BN,” katanya.Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, calon BN Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim, calon BN Parlimen Sri Aman Masir Kujat dan ketua-ketua masyarakat.

No comments:

Post a Comment